Saturday, March 30, 2013

Hey Buddyz !

diarihati:mRs.t0bler0ne (^,^)
Assalamualaikum

Happy Saturday :) lama kot aku tak update . study sakan gamaknyee . =p bosan tiap hari mengadap benda yang sama..nota..nota..nota.. =.=! result ceggitu jugak :( eh tak baik..usaha lagi ! :) rasa nak rebus nota campur sikit perisa asam boi..buat minum 7 hari 7 malam..mujarab tak agaknya .^_^
confirm dean list .haha . Ok ceritanya 19hb April ni maka berangkatlah kami sekeluarga batch
'July 10' ke Teluk Intan . Bersiap siaga melancarkan praktis terakhir di sana :) Then balik tak lama tu dah LJM ..hoi..LJM tau tak..bukan LGM (Lembaga Getah Malaysia) .ni LJM (Lembaga Jururawat Malaysia). Nama pun dah LEMBAGA, gah tak gah jugak lah nak bertempur .:)
Good Luck ok kawan2 semua..Do Our Best Ever :) 100% kena lulus tau.. :)


 
Please be nice ever :)







Lepas habis LJM balik rumah goyang kaki gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati :)

part 1 # settle :)

Ok next,lama tak update story pun banyak..1st till now kalau nak cerita penuh page ni..so,next time pulak ok..semua jenis cerita ada..gelak..seram..takut..sedih..gila..ngokngek..semua ada.
Intihanya, kita tak akan kenal erti kemanisan tanpa lalui penderitaan :) Go Girl :)

p/s : Sempena menyambut hari Lembaga Jururawat Malaysia yang bakal menjelma tak sampai
        2 bulan lagi,aku dengan ini ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang ada terasa hati
        dengan aku,if aku ada buat korang rasa benci,spoilt mood,bengang, semua tu aku minta maaf
        banyak2 ok.:) Kita semua ada ego masing2 macam tu jugak aku..ada ego tersendiri..kita selalu
        nampak silap orang lain tapi silap sendiri kita tak pernah sedar..macam tu jugak aku..
        Maafkan aku :) Biarlah kita berpisah dengan senyuman dan bukan dengan dendam :)
        sayang semua <3 ^____________________________________^




Saturday, February 16, 2013

tinta dari hati

diarihati:mRs.t0bler0ne (^,^)

assalamualaikum :)

hari berganti hari..waktu berganti waktu..umur pun berganti umur.. :(
cepat masa berlalu..tapi satu hape pun Qa tak revise lagi..
sem ni quite okay..but dah last2 ni macam2 pulak berlaku..
angka 21 yang Qa harap akan jadi detik indah bagai di angin lalu je..
yelah..kita merancang..Tuhan yang menentukan..
mungkin apa yang berlaku ada hikmah..
segala dugaan,bencana,musibah yang datang buat kita makin kuat untuk harungi hari2 mendatang..
kita tak akan kenal erti bahagia selagi kita tak bertemu derita..:)
Qa ingat Qa mampu nak pendam sorang tapi Qa kecundang akhirnya..
segala yang terbuku Qa luah semua..selama mana Qa simpan semua Qa ceritakan..
ada bibit kelegaan bila kita dah luah..terasa nyaman qalbu.. :)
mula-mula memang susah nak terima kenyataan..rasa ragu ragu semua datang bertamu..
kita takkan pernah sangka apa yang kita taknak tu yang terjadi pada kita..
bila fikir2..mungkin ini hanya sedikit..mungkin dia lagi sakit daripada Qa :)
Qa redha..redha dengan takdir..qada' qadar Allah..
rasa hati tak siapa megerti..
esak tangis tawa..asam garam diri..
Jika awak jodoh Qa..kita tetap bersama jugak walau banyak mana dugaan menimpa..:)
awak dengan te hanya mampu meletak harapan..
tapi jangan terlalu tinggi..nanti memakan diri..ingat tu awak..
biar doa yang iringi harapan kita..:)
salam sayang :)




5th trip :)

diarihati:mRs.t0bler0ne (^,^)
assalamualaikum.. :)

salam semua bak kata aron aziz..ulala;)
awak2 semua..saya happy dengan awak2 semua..awak2 semua lah diari kampus saya.. 
best dapat selalu makan2 jalan2 ada kelab lagi..uols ada..takda duduk diam2..=p
hujung minggu terluang dihabiskan dengan berholiday ke keyeyl..eww K.L okay..
bunyi macam 'hek eleh..k.l je pun..tu pun bak post2 segala' or 'ingat jauh sangat lah peginye..setakat k.l je' or whattheever..yang penting setiap saat yang dilalui adalah kenangan manis yang akan mengiringi kita di kejauhan :) wahh sastera kau !
okay ni trip ke-5 kitorang..next trip..dalam perbicaraan...haha
so far sooo goooood~~ macam kfc:)
malas taip banyak-banyak :

    
mangai semangat berjimba .. !





hello siblings ! :)
weolls :D
 
bilik ni besau tau ! nampak je 2 katil but we have another queen size  ! :D 



muke kemuttt !
 berukbeng lembab mcam siput ..mals nak upload banyak2..
but semua trip memang amat awesome !
suka sangat..have siblings best2 gila2 kaki jalan..syiooookkkk. ;)
lepas ni mana pulak cik awak cik awak sekalian.. ? ?
kelate..ganu..sababah..singapore..
huishhh pening2..kita stabilkan club dulu okay..
the most important make sure hotel free tak payah bayar macam haritu..thats why club itu penting !
hahaha ;p
then we have fun.. ! just pick the one that we lovelike most !
byebye ")




p/s: i've something to say..:) dear far far away friends..sebenarnya aku ok je dgn kau..tak ada masalah tapi kau yang menimbulkan masalah..mugkin kau tak perasaan but kau ada say one word yang buat aku tawar hati sangat2 dengan kau..from that time aku rasa nak tengok kau pun tak boleh..sampai  bila aku macam ni pun aku tak tau..biar masa yg menentukan segalanya..kalau ada org lain yang terkena macam aku tu aku tak tahu..tu antara kau dengan dia but aku memang agak jauh hati dengan kau..aku cuma mampu doa kebahagiaan kau dan ingat bukan semua org kau boleh layan ikut kepala kau.. :) tQ :)

Saturday, January 26, 2013

final year and final sem :)

Assalamualaikum..:)
semester 6..
buat hati ini berdetak-detuk menghitung hari tersebut..
hanya satu tarikh mampu untuk mengubah segalanya..
mengubah nasib dan masa depan siswa siswi jurusan kejururawatan:)
cepat atau lambat..hari tersebut tetap akan kunjung tiba..
huh..cuak jugak kan..
sem baru..subjek pun baru..lect pun baru..
setakat ni alhamdulillah semua berjalan lancar..
kelas dah masuk 2 minggu & praktikal pun 2 minggu jugak..
tapi kali ni agak berlainan sebab masuk department baru..(skin ward dan a&e) :)
best..
cerita tentang posting:
Skin ward :
- posting kat sini tak lama..2 hari je sebab sehari lagi diculik untuk ke a&e..patient pun ada 2 orang je..prosedur pun sejemput je..tak rasa apa..tapi staff semua best :) ohh lupa..kali ni group bertukar ! semua group member Qa orang2 baru but ada jugak yang Qa pernah segroup masa di teluk intan..they all okay n nice working with them..seriously kat skin ward ni mengantuk sesaje mata ni..yelah..kerja takda sangat..tak kan sepanjang shift nak mengadap pakcik tu..dia pun bosan tengok kitorang..Qa suggest lepas ni puan kena letak junior2 separuh di skin clinic..at least ada banyak exposure tentang skin disease rather than duduk kat wad..:)

A&E department :
-posting kat sini 5 hari..kat sini agak mencabar..kat sini jugak dapat belajar berdikari untuk berhadapan dengan setiap perkara..bagus jugak puan buat macam tu sebab lepas ni kami dah bebas..takda CI lagi yang akan pantau semua prosedur..so,this is the place di mana kita dapat buat semua tanpa ada CI..so kena lah confident and build a therapeutic relationship dengan staff supaya tunjuk ajar yang sepatutnya dapat diberi..:) but i bold here : therapeutic relationship okay.. :)
tapi malang..kat sini jugak lah segala yang terselindung semua terbuka..yang elok tersimpan rapi hampir 3 tahun juga semua tersingkap di sini..sedih..stop sini..:) kat sini best sebab banyak prosedur yang Qa dengan kawan2 boleh buat like insert branula..taking blood..toilet and suturing(jait2)..and kat sini jugak Qa dapat completekan cross sem 5 ( insert CBD ) Alhamdulillah..:) walaupun ada silap dalam prosedur yang baru its normal lah kan..1st time buat memang lah..kat sini jugak pertama kalinya ditegur Dr sebab dia kata Qa suka gelak2 & tak serious buat kerja..erkk..and from that time selalu nak aim Qa..for what! tapi lama2 kenal dia okay dan suka ajar student..thnx a lot :) staff lain..ermm okay jugak but mostly gatal kalah ulat bulu..ada beberapa incident berlaku and since that Qa rasa respect Qa dah hilang..sorry.bagi Qa..as a health care provider we have to show our good attitude ,professionality,credibility segala makcik siti but not the gatality,ngadality,manjality..anak bini sendiri tu bagi cukup makan pakai dulu..ni pantang nampak dahi licin laju je nak sapu lupa semua..tapi dahi aku tak licin..ada jugak parut jerawat..haha..kalau nak bercerita tak cukup sejam ni..but kepada sesiapa yang Qa terbiadap ke Qa mintak maaf sebab Qa nak defend diri Qa je..Qa dah berpunya so buat apa Qa nak layan anasir anasir tersebut..skandal? sorry its not me..salah orang kot..jagalah pasangan masing2 okay..apa yang kita buat akan reflect balik kat diri kita.. :) 

1B :
- kat wad ni pulak posting untuk 4 hari..dah lama tak rasa suasana wad..so bila masuk wad ni..wah..macam orang bodo tak tau nak buat kerja even dah last sem..huhu..selama ni just tengok wad ni dari luar je bila habis solat sebab dekat dengan surau..rasa macam wad ni bz gila..tapi bila dah masuk..tak lah bz mana..standard ward medikal lah kan..staff semua sangat okay..tapi ada sesetengah kawan kata tak okay..maybe diorang dapat yang team lain kot..alhamdulillah time group Qa semua okay..tapi lagi paling best wad ni sebab dapat makan2 sempena jamuan perpisahan sn..wah..enjoy betoi..haritu time kat 4c pun ada jamuan jugak..dah rezeki..takkan nak ditolak..:D conclusionnya..sepanjang posting sem 6 ni semua best belaka..lepas ni menunggu posting untuk Mx di teluk intan pulak..hopefully semua berjalan lancar..best & dapat makan2 lagi.. hahaha ;p

walaupun best tapi Qa still dengar cerita2 sensasi yang kurang enak dari kawan2..dah dugaan and bahagian Qa macam tu kot..susah betol hati ni nak senang..ada je yang mengganggu..tolonglah..Qa dah tak larat dah dengar cerita yang sama..boleh tak ubah perangai tu sikit..tolonglah..karang bila mention semua nak terasa..tapi tolonglah..bagi hati ni ruang untuk bahagia tanpa gangguan..
SEKIAN

Friday, January 25, 2013

2013

Assalamualaikum:)

salam 2013..:)
happy new year..haha..dah nak sebulan dah pun berlalu baru nak wish..
kesibukan menuntut ilmu membuatkan Qa tak sempat nak update semua cerita terkini dan sensasi..cite nak ye2..=p
sempena tahun baru..semua nak baru..blog pun nak baru..entry lama lama semua dah campak buang dalam laut kasi hanyut..buat apa nak dikenang cerita yang lalu kan..
cerita terkini lagi sensasi menanti untuk dientry..ewah ..hehe 
ganti nama diri pun bertukar jadi Qa sebab :

-sedara mara mak ayah sepupu sepapat sepipit semua panggil macam tu
-kawan2 lama oldschool dulu semua panggil macam tu
-senang nak dilontarkan bunyinya
-penggunaan hanya satu huruf vokal iaitu vokal a
dan bla bla bla
act rindu pada panggilan tersebut :)

tahun baru azam baru walaupun yang lama ada yang tak tertunai but the major aim for this year 
adalah pass in LJM .. get the great pointer in final college and also final sem..
GOOD LUCK 
to all sem 6 k/Jul 10..
:)
tahun baru..sem baru..so mesti ada cerita baru..but next time akan dipostkan sebab Qa sedang menikmati indahnya bercuti di rumah. :)